نبذة مختصرة : Produk nutraseutikal semakin mendapat permintaan yang tinggi berikutan situasi pandemik COVID-19 kerana dipercayai membantu untuk menguatkan sistem tubuh badan dan boleh merawat penyakit. Namun begitu, terdapat sedikit isu halal dan keselamatan produk nutraseutikal yang menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna. Artikel ini membincangkan konsep halalan tayyiban dan elemen yang perlu bagi produk nutraseutikal halal. Pengguna disarankan agar menekankan aspek halalan tayyiban dalam pemilihan produk nutraseutikal bagi jaminan halal dan keselamatan. Oleh itu, pengguna Muslim seharusnya memilih produk yang mempunyai logo halal kerana produk yang telah memperoleh pensijilan halal telah melalui prosedur yang ketat bagi memastikan produk tersebut dijamin halal dan selamat. ... : يزداد الطلب على المنتجات المغذية بشكل متزايد بعد جائحة كوفيد-19 لأنه يُعتقد أنها تساعد في تقوية أنظمة الجسم ويمكنها علاج الأمراض. ومع ذلك، هناك عدد قليل من قضايا سلامة المنتجات الحلال والمغذيات التي تسبب القلق بين المستهلكين. يناقش هذا المقال مفهوم الطيبان الحلال والعناصر الضرورية للمنتجات الغذائية الحلال. يُنصح المستخدمون بالتركيز على الجوانب الحلال في الطيبان في اختيار المنتجات المغذية لضمان الحلال والسلامة. لذلك، يجب على المستهلكين المسلمين اختيار المنتجات التي لها شعار حلال لأن المنتجات التي حصلت على شهادة حلال قد خضعت لإجراءات صارمة لضمان أن المنتجات حلال وآمنة. ...
No Comments.