نبذة مختصرة : Analisis pra pilihan raya merupakan antara entiti penting dalam wacana kepolitikan yang menghangatkan semangat dan kemeriahan suasana politik, dan dalam keriuhan musim inilah, munculnya penganalisis politik kritistruktif (kritis-konstruktif) mahupun indiviologikal (individualistik-ideologikal). Artikel ini bertujuan untuk memberikan pencerahan diagnostik terhadap analisis terpilih pra-PRU-14 di Sabah dan rangkuman aspek yang bersangkutpautan dengannya, berdasarkan pendekatan analisis substantif (kritikan luaran), bukannya analisis tekstual (kritikan dalaman), melainkan jika difikirkan perlu di bahagian-bahagian tertentu sebagai bahan bukti. Sebelum itu, dua rujukan harus dijelaskan. Pertama, semua analisis yang dikemukakan sebelum keputusan pilihan raya diisytiharkan ialah analisis prapilihan raya. Kedua, istilah "karekter kosmetik" merujuk kepada individu dan institusi yang dijuluki sebagai penganalisis politik, tetapi mereka gagal memikul amanah analisis kritistruktif. Penulis mengajukan tiga persoalan asas. Pertama, apakah "analisis tipulogi"? Istilah ini tidak dicerakin secara skematik atau struktural seperti lazimnya dalam penulisan ilmiah, tetapi pemahaman tentangnya akan digarap secara kolaboratif dan kontinuitif menerusi kupasan selanjutnya. Kedua, apakah ciri-ciri analisis dan karekter penganalisis kritistruktif? Ketiga, penganalisis merupakan jurubicara kebenaran dan juru juang keadilan, namun bentuk dan tahap analisis mereka (indiviologikal) tidak pun setara dengan pemerhati politik, atau lebih rendah lagi, sebagai penceloteh politik semata-mata. Apakah buktinya? Seterusnya, profesion (pangkat, gelaran) dan populariti seseorang tidaklah semestinya mencerminkan kualiti dan integriti keilmuan. Reaksi kritis penulis akan membuktikan kebenaran tesis ini kerana bukti tesis yang benar dengan sendirinya membuktikan tesis itu adalah benar. AbstractThe pre-election analysis is considered as one of the significant entities in any political discourse which would heat up the spirit of a political setting. ...
No Comments.